PROGRAM BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH 2010

Tarikh : 13 Oktober 2010
Tempat : Tapak perhimpunan, SK Moyan Laut

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.Sempena menyambut Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) , esok SK Moyan Laut akan menganjurkan program Bulan Bahasa Peringkat Sekolah 2010. Bagi memeriahkan lagi program ini pelbagai acara akan diadakan termasuklah pertandingan berkaraoke. Program dirasmikan oleh Guru Besar SK. Moyan Laut iaitu En. Mat bin Dris.

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS & KETUA KELAS PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2010

Tarikh : 08 - 10 Oktober 2010
Tempat : Padang SK Moyan Laut, Asajaya

Tahniah kepada murid-murid yang telah menyertai kem ini dan terima kasih kepada guru-guru serta ajk yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

PROFIL SEKOLAH

VISI SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN MOYAN LAUT MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DARI SEGI JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEK (JERI) DALAM DAERAH ASAJAYA MENJELANG 2014

MISI SEKOLAH

MENYEDIAKAN PENDIDIKAN BERKUALITI DAN CEMERLANG KEPADA PELAJAR UNTUK MELAHIRKAN WARGANEGARA YANG TERBILANG BERDASARKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN